KUALA LUMPUR: Menjelang konsert ‘NurKasih’ pada Ahad ini, anggota kumpulan Slam, Zamani memaklumkan menjalani latihan sepanjang lapan jam setiap hari bagi memastikan dapat memberikan persembahan terbaik.
Zamani ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, kesihatan fizikalnya juga berada pada tahap yang baik namun perasaan gentar itu tetap ada meskipun sudah bertapak lebih tiga dekad dalam industri muzik.
"Persiapan berjalan lancar. Sejak beberapa bulan ini saya dan anggota Slam lain gigih berlatih di studio di Ukay Perdana. Daripada tengah hari sampai ke sebelum Maghrib, kami berlatih bersama.
"Alhamdulillah, setakat ini, keadaan fizikal saya berada di tahap baik dan saya berharap terus kekal menjelang malam konsert nanti. Namun, tidak dinafikan perasaan risau itu tetap ada dan apa yang boleh saya lakukan ketika ini adalah jaga kesihatan dan suara setiap hari.
"Saya juga kerap berlatih vokal di rumah antaranya menggunakan aplikasi Smule. Ini bagi memastikan suara berada dalam keadaan bersedia," katanya.
Bakal mempersembahkan sehingga 20 buah lagu, Zaman memaklumkan konsert Slam Nur Kasih diilhamkan daripada salah sebuah lagu popular mereka berjudul Nur Kasih.
"Nur Kasih membawa maksud curahan kasih sayang kami kepada peminat yang menyokong selama ini serta memberikan Nur (cahaya) kepada kami.
"Kami akan pastikan persembahan yang ditampilkan memuaskan hati semua penonton yang datang Ahad ini," katanya.
Konsert Slam Nurkasih yang bakal berlangsung pada pukul 8.30 malam di Zepp Kuala Lumpur, 6 Ogos ini dianjurkan oleh AV Group & WMD Event, manakala Belbis selaku rakan produksi bersama Mewah Event Management (MEM) yang bertindak sebagai rakan strategik.
Penonton bukan sahaja berpeluang menyaksikan persembahan hebat selama lebih dua jam, malah berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik, antaranya empat buah gitar (dua elektrik, dua akustik) yang ditaja khas oleh PBH MUSIC Sdn Bhd.
Tiket-tiket yang ditawarkan bermula dari RM198 sehingga RM5000. Untuk keterangan lanjut peminat boleh menghubungi Illaso ticket 03-21706333 atau layari https://ilassotickets.com/event/konsert-slam-nurkasih/.
Faida Rahim
Sat Aug 05 2023
Saya juga kerap berlatih vokal di rumah antaranya menggunakan aplikasi Smule. Ini bagi memastikan suara berada dalam keadaan bersedia - Gambar Naki Zamani.
Presiden Afrika Selatan seru parti bertanding cari titik persamaan atasi kebuntuan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menyeru parti politik yang memenangi undi dalam pilihan raya minggu lepas supaya mencari titik persamaan.
AWANI Ringkas: Bantu siasatan kes kematian Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Sungai Bakap: Pas Pulau Pinang sudah ada senarai pendek calon
Pas Pulau Pinang sudah mempunyai senarai pendek calon yang akan bertanding dalam PRK Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
Sindiket hantar PATI dari Kelantan ke KL guna bas ekspres tumpas
Menempatkan PATI di sebuah rumah transit sebelum dibawa menggunakan bas ekspres ke Kuala Lumpur antara taktik dibongkar susulan operasi dijalankan sekitar Kota Bharu.
Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.
Skuad sepak takraw negara terima insentif khas daripada MSN - Hannah
Pasukan sepak takraw kebangsaan bakal menerima insentif khas berjumlah RM170,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) susulan kejayaan membanggakan pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Kes Zayn Rayyan: Pengasuh bersama dua individu dipanggil polis
Tiga individu termasuk pengasuh kepada Zayn Rayyan yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu dipanggil polis untuk dirakam keterangan pada Isnin.
Gencatan senjata: Retorik?
Apa cara untuk pastikan usaha ke arah gencatan senjata kekal dapat dicapai untuk menamatkan konflik di Gaza?
Nvidia umum hala tuju bagi semikonduktor baharu, platform Rubin pada 2026
Nvidia umum pelan hala tuju terbaharunya bagi kelompok semikonduktor baharu yang disifatkan bakal tiba dalam 'one year rhythm' atau ritma setahun.
Filem The Experts catat RM10 juta, jadi pilihan ramai di pawagam
The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.
Zamani jalani latihan lapan jam sehari menjelang konsert 'Nur Kasih'
Kesihatan fizikal Zamani juga berada pada tahap yang baik.